Friday, August 28, 2009

Permohonan Pertukaran Guru Januari 2010

Ini merupakan minit curai yang sempat dicatat semasa taklimat di PPD semalam.

  1. Antara negeri menggunakan e-GTukar sementara bagi permohonan antara dan dalam daerah masih menggunakan manual
  2. Semua User ID dan Password pengguna (6 hingga 16 aksara) dalam e-GTukar yang lalu telah diset semula. Oleh itu semua yang berkenaan perlu mendaftar semula
  3. Guru Besar, PK, PK HEM, PK Kokurikulum dam PK Petang perlu mendaftar sebagai pengesah. Walau bagaimanapun hanya seorang yang akan melakukan pengesahan mengikut hirarki jawatan.
  4. Tarikh penting:
    1 – 5 September 2009
    Guru Besar dan semua PK mendaftar sebagai pengesah. JPN akan menelefon mereka yang belm mendafar mulai 6.9.09

    1-30 September 2009
    Permohonan dibuka

    1/9 – 2/10 2009
    Proses pengesahan. Pemohon wajib serahkan cetakan borang kepada pengesah selewat-lewatnya pada 28.9.09

    2 Oktober 2009
    Penghantaran borang permohonan ke PPD

    5 – 8 Oktober 2009
    Proses penyemakan PPD & JPN

    1 November 2009
    Jangkaan keputusan

Catatan:

  1. Data yang digunakan ialah EMIS Julai 2009
  2. Guru LPBS & j-QAF sebelum tahun 2007 layak memohon
  3. Pemohon dan pengesah masih boleh membetulkan maklumat di dalam sistem sehingga 2 Oktober 2009
  4. Pemohon boleh membatalkan permohonan sebelum pengesahan dibuat. Jika pengesahan telah dibuat, pemohon perlu menulis surat ke JPN (u.p. Sekolah Rendah) melalui GB untuk dikeluarkan namanya dari sistem.
  5. Sekiranya permohonan telah diluluskan, pemohon tidak boleh menggunakan dokumen cetakan dari egTukar sebagai punca kuasa. Tunggu sehingga surat rasmi diterima.
  6. Sekiranya permohonan telah diluluskan, pembatalan tidak boleh dibuat.
  7. Semasa isi borang, untuk menulis tarikh mengajar mata pelajaran yang masih diajar hingga hari ini tuliskan sahaja sebagai "SEMASA"
  8. Hanya boleh pilih satu alasan dan pastikan ia adalah paling utama. Alasan sakit kronik hanya untuk pemohon, pasangan dan anak dan perlu sertakan surat akuan doktor.
  9. Syarat pertukaran
  10. Panduan pertukaran
  11. Guru-guru tidak layak
  12. Manual Pengguna Pemohon
  13. Manual Pengguna Pengesah


    Permohonan Secara Manual:
    1 – 15 September 2009
    Permohonan pertukaran antara daerah

    1-20 September 2009
    Permohonan pertukaran dalam daerah

    November 2009
    Penempatan peringkat negeri

Tatacara permohonan:

  1. Pemohon perlu serahkan borang permohonan yang lengkap bersama-sama dokumen sokongan seperti surat kebenaran suami, sijil nikah, laporan polis, surat doktor dsb kepada urus setia.
  2. Urus setia menerima dan menyemak dokumen. Cop tarikh terima. Susun borang ikut muka surat kecuali muka surat 6 diletakkan sebagai muka hadapan. Semua dokumen sokongan di bahagian belakang.
  3. Asingkan borang dan surat iringan bagi guru-guru akademik biasa, agama (GPI, j-QAF) dan pendidikan khas. Surat dan borang hendaklah ditujukan dan dihantar kepada unit yang berkenaan di JPN. Di sekolah sepatutnya tidak ada sebarang borang yang tertinggal.
  4. Sekiranya pemohon tidak hantar salinan borang kepada pengesah, dalam surat iringan ke PPD hendaklah dijelaskan perkara ini.

Monday, August 17, 2009

Kesian Cikgu

Dari masa ke semasa kita mengalami kerja-kerja di peringkat sekolah kerap bertindan-tindih. Hasilnya ialah beban guru semakin bertambah dalam suasana dunia pendidikan yang semakin canggih dan berteknologi. Hal ini sudah lama diperkatakan dan dibincangkan namun agak sukar untuk sesetengah pihak atasan memahami sepenuhnya apa yang dirintihkan oleh para pelaksana di peringkat sekolah.
Misalnya yang terbaru ini dalam Program Akademik Terbilang Selangor (PATS), mulai tahun ini semua sekolah diarahkan menggunakan aplikasi komputer PATS Headcount untuk kerja-kerja kemasukan, memproses dan menganalisis markah dan keputusan peperiksaan (PKSR) dari tahun 1 hingga tahun 6. Maka sekolah yang sudahpun mempunyai aplikasi peperiksaan masing-masing perlu meninggalkannya dan beralih kepada sistem yang baru. Sekolah ada komputer pelayan, berpuluh-puluh komputer serta dilengkapi dengan rangkaian (LAN) namun pembinaan perisian tidak memanfaatkan semua ini. Akhirnya jadilah ia satu kelucuan apabila guru perlu mengisi data dalam persekitaran stand alone akibat daripada sistem yang dibekalkan tidak benar-benar applicable sebagai perisian bersuasana rangkaian.
Maka perisian PATS dipasang di enam buah komputer dan setiap satunya dilabelkan dengan Tahun 1, Tahun 2 .... Tahun 6. Guru yang nak isi markah kena tunggu giliran komputer Tahun kelasnya tidak digunakan. Misalnya jika terdapat 5 buah kelas dalam Tahun 1 maka semasa guru kelas 1A sedang menggunakan komputer yang dipasang dengan aplikasi Tahun 1, maka kelas 1B, 1C, 1D dan 1E kena tunggu. Bila guru Kelas A dah habis berebutlah pulak 4 guru yang lain. Kalau ada masa free masa tu OK juga. Tapi kalau ada kelas....pandai-pandailah. Begitulah seterusnya. Tapi kalau perisian itu dibina khusus applicable untuk mode rangkaian, maka semua guru boleh mengisi markah serentak. Bila dah habis isi markah untuk semua kelas sesuatu Tahun, maka setiausaha akan proses. Lepas tu semua data dari 6 komputer yang berlainan tadi kena dicantumkan. Maka berlakulah proses eksport dan import. Yang bestnya proses eksport kena ke disket (hmmmm...ada lagi ke disket di zaman ni)
Namun tiba-tiba baru-baru ni datang pula satu lagi aplikasi Percubaan UPSR dari Lembaga Peperiksaan Malaysia. Maka guru perlu memasukkan markah yang sama ke dalam dua sistem yang berbeza - PATS dan Percubaan UPSR.
Apa yang dapat kita bantu untuk mengatasi masalah ini?

Masalah Peralatan ICT Sekolah

Dimaklumkan bermula 15hb Ogos 2009, Khidmat Pelanggan KPM (KPKPM) akan menjadi Call Centre bagi tujuan pelaporan masalah ICT.

Oleh yang demikian, segala aduan boleh dibuat melalui laman web STS atau menghubungi terus ke talian 1-800-88-4774.

Waktu operasi bermula Isnin - Jumaat, 8.00pg - 5.30ptg

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-20986361/7124/7902 atau emel tmkp@moe.edu.my.


Unit Meja Bantuan
Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan


About Support Ticketing Systems (STS)

With Support Ticketing Systems, BTP have leverage the flexibility to achieve enterprise-level performance, service level reporting, and operational efficiency.
Support Ticketing Systems (STS) provides:

A browser-based interface
Performance monitoring
System administration
Management reporting