Monday, August 17, 2009

Kesian Cikgu

Dari masa ke semasa kita mengalami kerja-kerja di peringkat sekolah kerap bertindan-tindih. Hasilnya ialah beban guru semakin bertambah dalam suasana dunia pendidikan yang semakin canggih dan berteknologi. Hal ini sudah lama diperkatakan dan dibincangkan namun agak sukar untuk sesetengah pihak atasan memahami sepenuhnya apa yang dirintihkan oleh para pelaksana di peringkat sekolah.
Misalnya yang terbaru ini dalam Program Akademik Terbilang Selangor (PATS), mulai tahun ini semua sekolah diarahkan menggunakan aplikasi komputer PATS Headcount untuk kerja-kerja kemasukan, memproses dan menganalisis markah dan keputusan peperiksaan (PKSR) dari tahun 1 hingga tahun 6. Maka sekolah yang sudahpun mempunyai aplikasi peperiksaan masing-masing perlu meninggalkannya dan beralih kepada sistem yang baru. Sekolah ada komputer pelayan, berpuluh-puluh komputer serta dilengkapi dengan rangkaian (LAN) namun pembinaan perisian tidak memanfaatkan semua ini. Akhirnya jadilah ia satu kelucuan apabila guru perlu mengisi data dalam persekitaran stand alone akibat daripada sistem yang dibekalkan tidak benar-benar applicable sebagai perisian bersuasana rangkaian.
Maka perisian PATS dipasang di enam buah komputer dan setiap satunya dilabelkan dengan Tahun 1, Tahun 2 .... Tahun 6. Guru yang nak isi markah kena tunggu giliran komputer Tahun kelasnya tidak digunakan. Misalnya jika terdapat 5 buah kelas dalam Tahun 1 maka semasa guru kelas 1A sedang menggunakan komputer yang dipasang dengan aplikasi Tahun 1, maka kelas 1B, 1C, 1D dan 1E kena tunggu. Bila guru Kelas A dah habis berebutlah pulak 4 guru yang lain. Kalau ada masa free masa tu OK juga. Tapi kalau ada kelas....pandai-pandailah. Begitulah seterusnya. Tapi kalau perisian itu dibina khusus applicable untuk mode rangkaian, maka semua guru boleh mengisi markah serentak. Bila dah habis isi markah untuk semua kelas sesuatu Tahun, maka setiausaha akan proses. Lepas tu semua data dari 6 komputer yang berlainan tadi kena dicantumkan. Maka berlakulah proses eksport dan import. Yang bestnya proses eksport kena ke disket (hmmmm...ada lagi ke disket di zaman ni)
Namun tiba-tiba baru-baru ni datang pula satu lagi aplikasi Percubaan UPSR dari Lembaga Peperiksaan Malaysia. Maka guru perlu memasukkan markah yang sama ke dalam dua sistem yang berbeza - PATS dan Percubaan UPSR.
Apa yang dapat kita bantu untuk mengatasi masalah ini?

9 comments:

  1. Salam satu Malaysia dan Salam Ramadhan al Mubarak.Tahniah kepada MGB Petaling Perdana kerana berjaya merealisasikan blog ini.Terima Kasih dan Syabas kepada En. Sukimin kerana manaiktarafkan Kumpulan kita MGB dalam usaha menglobalisasikan pemimpin barisan hadapan disekolah rendah.Biar usia meniti zaman,Pemimpin tetap kaya pengalaman.Yang lama dibuang jangan,Yang baru sama-sama kita manfaatkan.
    Kemajuan ICT memang banyak baik dari buruknya.Yang penting pandai-pandailah kita mengendalikannya.Masalah tetap ada. Tapi kita fikirkan yang positifnya.Bijaklah kita menyusunatur masa dan pengurusannya agar sumber yang terhad dapat dimanfaatkan.Isu PATS ini perkara lama tapi tidak dittitikberatkan oleh sesetengah sekolah.Kalau kita ada perancangan masa yang baik dan bertoleransi dalam merebut sumber ICT yang terhad,insyaAllah masalah dapat diatasi.

    ReplyDelete
  2. Salam. Tahniah dan tk khasnya buat sdr Sukimin serta tuan YDP yg telah berjaya mewujudkan blog kita sdiri.

    Mohon rakan2 ahli menafaata blog ini jgn salah guna......sama2lah kita menjaga imej dan nama baik jawatan pengurus sekolah yg digelar GB. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam Sejahtera
    Selamat bercutu kepada semua rakan Gee Bees PP

    ReplyDelete
  4. Tahniah kepada semua guru besar yang telah berjaya masuk kelaman ini.

    ReplyDelete
  5. Semoga MGB Petaling Perdana terus bersatu dan maju serta mencapai sasaran. Tahniah kepada semua...

    ReplyDelete