LINUS merupakan subbidang NKRA (keberhasilan utama nasional) pendidikan yang bertujuan untuk memastikan semua murid boleh menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas. Mula dilaksanakan di sekolah pada tahun 2010.
Tanggungjawab Guru Besar:
Tanggungjawab Guru Besar:
- Memastikan saringan LINUS dilaksanakan
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan program LINUS
- Memastikan data penguasaan murid dimasukkan (key in) ke dalam pangkalan data LINUS
- Memastikan guru melaksanakan Program LINUS adalah guru Bahasa Melayu, Matematik dan guru Pemulihan Khas
- Memastikan guru Bahasa Melayu dan Matematik dilatih untuk memberi bimbingan dalam Program LINUS. Guru Pemulihan Khas pula berperanan untuk memberi bimbingan kepada murid LINUS TEGAR
- Memastikan guru yang terlibat dalam program LINUS menggunakan modul pengajaran dan modul pembelajaran yang disediakan oleh KPM sebagai panduan utama
- Petikan daripada KP(BPK)400-32/6Jld3(61) bertarikh 22 April 2010
Nota:
- LINUS tegar - tidak menguasai konstruk 1 dan 2
- Guru Besar ada ID Pengguna sendiri yang bermula dari PGB+KodSekolah dan Katalaluan masing-masing. Pergi ke http://www.moe.gov.my/nkra/index.php dan masukkan ID Pengguna dan Katalaluan masing-masing.
Salam sejahtera. La, sikit sangat kawan-kawan yang jadi Followers. Jadilah member kita. Pakat ramai-ramai masuk supaya nampak hebat kito no.
ReplyDeleteAsmui
Salam Sejahtera dan salam 1Malaysia.
ReplyDeleteMohon kerjasama kepada semua Guru Besar Petaling Perdana agar membuat komen anda di laman sesawang mgb dengan seberapa segera. Komenlah apa saja asalkan demi kebaikan kita bersama.
Encik Asmui Kairon,
AJK Biro ICT, MGB Petaling Perdana.
Terima kasih diatas kerjasama tuan/puan.
Salam en. Asmui ,
ReplyDeleteJangan bimbang, selepas mendengar penerangan yang jelas mesti ramai rakan-rakan kita yang akan menjadi follower.
Tahniah kepada en.Asmui yang rela membantu rakan-rakan GB PP
SALAM SATU MALAYSIA..
ReplyDeleteTAHNIAH KEPADA MAJLIS GURU BESAR PETALING PERDANA KERANA BERJAYA MEWUJUDKAN LAMAN blog Majlis Guru Besar Petaling Perdana sendiri bagi memudahkan perkongsian maklumat diantara Guru-Guru Besar Petaling Perdana.
ONG BEE YONG,
GURU BESAR,
SK SUBANG JAYA.
satu program yang baik
ReplyDelete