Friday, July 10, 2009

Mesyuarat Agung kali Ke-2

Mesyuarat Agung MGB Daerah Petaling Perdana telah diadakan pada 30 Jun 2009 (Selasa) yang lalu di Kelab Shah Alam. Majlis dirasmikan pembukaannya oleh YDP MGB Selangor En. Abd. Halim Zaid sementara penutupannya disempurnakan oleh En. Zainuddin Abdul Halim, Penyelia Kanan Sekolah Rendah.

Pengerusi MGB Petaling Perdana Tn. Hj. Kamaruzaman Yahya menyampaikan kata-kata aluannya

Tuan Haji Abdul Halim Zaid, Pengerusi MGB Selangor

En. Zainuddin Abdul Halim


Pejabat Pelajaran Daerah Petaling telah terbahagi kepada dua secara rasminya pada tahun lepas. Kini ia dikenali sebagai PPD Petaling Perdana dan PPD Petaling Utama. Sejarah tercatat dalam mesyuarat agung pada tahun lepas apabila MGB kedua-dua daerah telah mengadakan mesyuarat agungnya secara bersama untuk kali terakhir. Pada ketika itu Pegawai Pelajaran Daerah Petaling Perdana ialah Puan Hajah Zaleha Abu Hasaan sementara PPD Petaling Utama pula ialah Allahyarham En. Alias Salleh

No comments:

Post a Comment